Monday 23 November 2015

TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG | TEMPAT MELANCONG | VACATION

Di petang yang syahdu nie, aku teringat permintaan daripada pelanggan-pelanggan Airport Homestay...mereka dambakan info dan maklumat tentang tempat-tempat yang BEST di Penang nie..

Bila dikenang pengalaman semasa stay di Penang, sebenarnya banyak tempat2 best yang boleh kita bawa pasangan, anak2 atau family besar kita untuk sama-sama menikmati pengalaman percutiab di Pulau Pelancongan ini.

Ok, untuk pembukaan, jum kita review tempat2 berjalan dulu.


Hehe, tengok pada promo di atas, ada kebenarannya juga...Penang Has It All...

Tempat pertama yang akan anda lawati, tentunya jambatan Pulau Pinang. Mercu tanda negeri ini. tapi x boleh berhenti kat tengah2 jalan untuk ambil gambar. Kalau nak berhenti jugak, boleh singgah di ruang hentian di tengah jambatan. tapi, sila hati-hati yer....kereta, lori, bus dan motog...semua laju2...


Bila dah sampai Penang, anda boleh lawati tempat2 yang menarik seperti :-
Bukit bendera terletak di Ayer Itam, ambil jalan menghala ke Masjid Negeri.


Sangat sesuai membawa family anda naik keretapi bukit bendera. diatasnya, dapat lihat pemandangan Pulau dari atas.

Ok. yang nie pulak, taman "Botanical Garden"..terletak di jalan Pulau Tikus. Sangat sesuai untuk beriadah pada waktu pagi atau petang. Banyak beruk yang bersembunyi dalam hutan nie... nak bagi beruk-beruk ni keluar, anda boleh bawa makanan dalam plastik...Insyallah, beruk2 nie akan serbu...hehe

On the way balik tue, boleh singgah bawa anak-anak mandi di Taman Belia...terletak sebelum Botanical Garden. Memang best...anak mandi sampai tak nak stop..


Dah terlanjur datang ke Botanical Garden nie, boleh terus ke Batu Feringgi. Anak2 dapat main pasir kat pantai. Mak ayah, mak tok boleh berenang di pinggir pantai. ada jet ski, paragliding dan mek salleh. Nak makan rojak@laksa penang ada dijual disini.


Untuk yang gemarkan adventure, boleh singah pula di Teluk Bahang. Rasanya, tempat nie baru di upgrade supaya lebih mencabar...dan nak masuk ke sini, ada bayarannya.

ok lah...rasanya, setakat ini dulu..nanti update lagi yer..

Utk more info, boleh review di web nie...credit to
/http://www.caridestinasi.com/tempat-pelancongan-di-pulau-pinang/




1 comment:

  1. 2021 NFL Computer Picks and Parlays - Hawthorne Bet 메리트 카지노 주소 메리트 카지노 주소 우리카지노 계열사 우리카지노 계열사 카지노 카지노 258SoccerBet | Sport Bet | Soccercervista Bet of Today, Soccer

    ReplyDelete